About Us – BM

99 Roofing & Plumbing

Adalah wajar untuk menginginkan rumah yang selesa bagi tujuan beristirehat di rumah kediaman kita dan lebih ramai daripada kita menyedari bahawa ini tidak harus hanya terhad di dalam rumah sahaja, sebaliknya bahagian luar rumah juga harus dititikberatkan untuk keselesaan anda. Salah satu cara untuk meningkatkan keselesaan adalah dengan merombak atau mengembangkan ruang luar bagi untuk anda lakukan aktiviti riadah di halaman rumah anda. Ini tidak lagi hanya akan meningkatkan luas lantai premis komersial anda tetapi juga membawa keuntungan kepada anda kerana ini bermakna kemudahan anda dapat dinikmati sepanjang masa tanpa bergantung pada cuaca.

Kami di 99 Roofing menawarkan perkhidmatan pemasangan bumbung yang terbaik dan profesional serta penyelenggaraan untuk semua jenis bangunan perindustrian, komersial dan kediaman bagi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Kami pakar dalam bumbung kaca, bumbung poli-karbonat, bumbung panel komposit (alumbond), bumbung dek logam, suntikan pu dan bumbung pergola kayu. Pasukan pakar bumbung kami sedia meberi khidmat 24/7, akan memberi jaminan kepada anda untuk menyediakan bumbung yang sesuai untuk digunakan di pasaran komersial, rumah dan akademik. Selain perkhidmatan untuk rumah, kami juga menyediakan perkhidmatan untuk kafe, restoran, pub, sekolah, kolej, rumah jagaan, hospital, dan banyak agensi lain yang memerlukan perlindungan dari apa jua cuaca.

Dengan pengalaman perkhidmatan lebih dari 20 tahun, kami telah membantu ribuan pemilik rumah di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor dengan keperluan bumbung mereka. Kami memberi jaminan anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan bumbung kami yang cekap, berkualiti dan profesional, kami yakin anda akan menjadi pelanggan kami seumur hidup!